Penjara 10 tahun hina Nabi Muhammad SAW ‘terlalu berat’ kritik Kit Siang

KitSiang1

KUALA LUMPUR: Hukuman 10 tahun penjara yang dijatuhkan kepada seorang pesalah yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW baru-baru ini dikatakan ‘terlalu berat’ dan merupakan ‘hukuman berlebihan’ kata Lim Kit Siang seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal atas talian berhaluan kiri hari ini.

Menurut portal tersebut, veteran DAP itu juga mengaku bahawa beliau juga sering menjadi mangsa fitnah selain menasihati rakyat Malaysia yang menggunakan media sosial agar sentiasa sedar akan impak penyalahgunaan medium tersebut.

“Semua rakyat Malaysia harus mendukung Perlembagaan dan menhormati semua agama di Malaysia, namun tidak perlu ada hukuman yang terlalu berat seperti hukuman 10 tahun penjara”.

Jumaat lalu, pemilik akaun Ayea Yea, Alister Cogia, 22 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak, setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan, masing-masing lima pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Ahli Parlimen Seri Iskandar itu juga sebelum ini pernah menafikan bahawa beliau menghina Ayat 120 Surah Al-Baqarah beberapa tahun lalu apabila mengkritik isi khutbah keluaran JAKIM, seperti yang dilemparkan sesetengah pihak sebelum ini.

Advertisements

Menentang retorik kanan perlu naratif nasional baru

Syahredzan-Johan_TEM1171_OP10_theedgemarkets

Oleh Syahredzan Johan

Kemenangan Barisan Nasional di Semenyih sememangnya tidak diduga. Meskipun kerusi tersebut adalah milik BN secara tradisinya, sehinggalah ianya berubah pada PRU14, bilangan atas kertas menunjukkan bahawa sekiranya PAS memberi laluan kepada BN/Umno, Pakatan Harapan masih mempunyai undia yang mencukupi bagi memenangi kerusi DUN Selangor itu.

Ramai penganalisis mencongak-congak data di Semenyih untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang silap bagi Harapan dan apakah pula yang betul bagi BN. Semestinya pandangan bahawa Harapan tidak melaksanakan janji-janji manifesto Buku Harapan adalah salah satu sebab kekalahan diikuti dengan beberapa lagi kegagalan dan isu yang terkait dengan kerajaan persekutuan Harapan yang baru beberapa bulan usia.

Tapi yang penting sekali, Semenyih adalah kemenangan kali kedua berturut-turut kerjasama Umno-PAS. Buat masa ini, orang-orang Umno yang sederhana dan yang berkedudukan tengah juga harus memperakui bahawa retorik perkauman dan keagamaan, berselindung di balik tabir “penyatuan Melayu”, sememangnya berkesan.

Sekiranya ayunan seperti yang berlaku di Semenyih ini dapat diulang bagi peringkat kebangsaan, kita akan lihat Umno akan kembali berkuasa bersama-sama PAS.

Perikatan Umno-PAS

Sehinggakan pemimpin-pemimpin Umno yang lazimnya tidak menggunakan naratif haluan kanan juga kini dilihat mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan. Setiausaha agung BN, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, umpamanya, menyamakan pelantikan ketua hakim, peguam negara dan menteri kewangan dari golongan bukan Islam sebagai “menyerahkan hak Melayu” dan bahawa sumpah jawatan mereka tidak mengikat gara-gara ia tidak dibuat bersaksikan al-Quran.

Pemangku presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Hasan juga tidak terkecuali dari membangkitkan sentimen kaum dan agama. Dia dilaporkan berkata bahawa kerajaan kini mempunyai terlalu ramai penumpang, seolah-olah merujuk pada bilangan menteri-menteri bukan Melayu dalam kerajaan.

Walaupun lebih halus dari Nazri, apa yang disiratkan Tok Mat dengan kenyataan penumpang adalah sama sahaja; bahawa orang Melayu terancam dengan kerajaan Harapan. Penggunaan perkataan “penumpang” tidaklah kebetulan; penumpang tidak memiliki harta yang mereka sedang menumpang. Orang bukan Melayu, menurut Tok Mat, tidak memiliki negara ini.

Politik seperti ini adalah sesuatu yang toksik bagi negara. Dalam beberapa tahun akan datang, nampaknya kita akan melihat satu-persatu isu bakal dijadikan isu perkauman dan keagamaan dalam pada Umno dan PAS memperkukuhkan kerjasama politik mereka. Dari perspektif mereka, ini adalah jalan mereka untuk berkuasa dan mereka akan memlergunakkannya sehabis baik.

Kita mungkin mempunyai parti yang sama berkuasa selama 61 tahun lama selhinggalah 2018 yang secara amnya merupakan sebuah kerajaan yang cuba menjadi kerajaan untuk semua rakyat Malaysia. Kerajaan yang dibina berdasarkan sentimen perkauman dan keagamaan akan hanya menurut kehendak para penyokongnya.

Ya, sesebuah kerajaan harus berusaha memperbaiki kehidupan rakyatnya, memenuhi segala janjinya dan memastikan adanya keadilan sosial. Isu-isu seperti kos sara hidup semestinya ditangani. Tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh membiarkan politik ekstrem berhaluan kanan yang semakin memdapat tempat ini tanpa sebarang kawal selia.

Kebimbangannya adalah sekiranya ombak ini kelak bertukar menjadi tsunami, meskipun dengan keadilan sosial tercapai dan manifesto dipenuhi, ianya bakal tiada impak sekiranya rakyat mengundi berdasarkan kaum dan agama semata-mata. Dan ini bukanlah trend yang unik; kemenangan Donald Trump dan pemimpin-pemimpin populis kanan seantero dunia adalah bukti bahawa ianya mungkin berlaku.

Naratif nasional baru

Maka apakah yang boleh dilakukan untuk menentang retorik berdasarkan kaum dan agama? Bukan dengan mengikut telunjuk elemen-elemen haluan kanan dalam masyarakat. Bukan dengan mengikut jejak mereka yang ingin memecah-belahkan kita.

Kita memerlukan naratif nasional baru; kita memerlukan mesej inklusif yang boleh menyatukan kita semua. Kita memerlukan visi untuk Malaysia “baharu” ini. Satu penyataan pelakuan mengenai Malaysia yang kami mahu negara ini jadi. Bukan untuk merunding semula apa yang telah diadakan, tetapi pernyataan semula prinsip-prinsip yang menjadi sebab bapa (dan ibu pengasas) pengasas menubuhkan persekutuan ini.

Saya percaya bahawa naratif nasional ini harus bersandarkan kepada prinsip-prinsip berikut:

1. Yang kit menegaskan semula bahawa negara ini adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, asal, kelas, jantina atau identiti seksual, ideologi politik atau perbezaan yang lain. Malaysia ada tempat untuk semua orang Malaysia di bawah matahari Malaysia tanpa sebarang pengecualian.

2. Bahawa kami akan menegakkan prinsip-prinsip dan struktur asas Perlembagaan Persekutuan, menghormati kedaulatan undang-undang dan menegakkan kebebasan fundamental semua orang Malaysia. Malaysia mesti menjadi negara yang berdaulat demokratik dan bebas berdasarkan prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan.

3. Bahawa kami akan memastikan bahawa tiada seorang pun ralyat Malaysia yang akan tertinggal di belakang, tiada kaum yang akan disisihkan atau dipisahkan dari pembangunan negara. Semua rakyat Malaysia harus diberi peluang untuk merealisasikan potensinya sebagai rakyat di negara ini dengan hak-hak dan tanggungjawab.

4. Bahawa untuk Malaysia merealisasikan potensinya yang maksima, semua orang Malaysia mesti bekerjasama dalam menghadapi dunia globalisasi dan menjadikan negara ini sebagai tempat yang lebih baik buat semua orang Malaysia. Bekerja dengan menggunakan tangan dan otak bagi membentuk negara yang boleh dibanggakan bersama dengan prinsip keadilan dan kebebasan, dan seterusnya menjadi “sebuah sinar cahaya dalam dunia yang penuh kacau bilau”.

Kita harus sedia untuk merealisasikan ungkapan Tunku Abdul Rahman supaya negara ini menjadi “negara demokrasi berdaulat dan negara merdeka didirikan atas prinsip kebebasan dan keadilan dan sentiasa mencari kebajikan dan kegembiraan rakyatnya dan memelihara keamanan adil antara semua negara.”

Kita tidak seharusnya menentang api perkauman dan sekterianisme dengan api juga akan tetapi cuba mematikannya dengan menyimbah air kesatuan kebudayaan nasional yang dikongsi bersama dengan satu tujuan. Bersatu kita teguh.

* Syahredzan Johan merupakan seorang pengamal undang-undang serta setiausaha politik pada pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang. Tulisan di atas telah diterjemahkan dari rencana asal berbahasa Inggeris di The Malay Mail Online dan merupakan pandangan peribadi beliau sendiri dan tidak berkait dengan The Malayan dalam apa jua keadaan.

Saya dah kata dah kan, Pakatan

TajudinRasdi

Oleh Tajuddin Rasdi

Saya tak pernah menulis rencana “Saya dah kata dah” sebelum ini, jadi saya akan cuba dan lihat bagaimana rasanya.

Saya dah menulis beberapa rencana yang memberi amaran mengenai Whatsapp dan ceramah-ceramah masjid mengambil alih pengurusi Kabinet sebgai punca pengaruh politik.

Saya menulis mengenai Islam menjadi naratif utama dan tindakan-tindakan pantas yang perlu diambil bagi menangani ini dari segi komunikasi. Saya juga menulis bahawa pergolakan kuasa antara pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan akan membawa kejatuhan kerajaan, dan bahawa memanjakan orang Melayu akan membuat orang bukan Melayu tidak lagi bersama PH.

Seorang Ahli Parlimen PH tidak bersetuju dengan saya apabila ditujukan bahawa Semenyih bakal tewas. Dia menyatakan bahawa pengundi-pengundi Semenyih lebih terpelajar dan mereka terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana.

Saya memberitahunya bahawa orang Melayu kelas pertengahan dan kelas atas pertengahan telah menerima naratif bahawa Islam sedang diancam dan naratif selainnya bahawa hak dan keistimewaan Melayu sedang dijahanamkan “DAP Cina”.

Tetapi ahli parlimen itu enggan mendengarnya. Kini adalah secerah siang hari bahawa orang Melayu tidak kisah sikitpun mengenai 1MDB Najib. Orang Melayu tidak kisah juga mengenai dakwaan bahawa PAS mendapat wang dari Umno. Orang Melayu PAS terus taksub dengan Tok Guru mereka.

Apabila saya menulis mengenai ilusi kuasa dalam Kabinet, sesetengah ahli politik dari gabungan pemerintah mempersendakannya. Saya memberitahu mereka tiada orang Melayu membuka TV dan membaca akhbar kerana mereka lebih percayakan Whatsapp dan juga syarahan-syarahan uztaz-uztaz.

Adakah PH mengambil cadangan saya untuk melatih semula uztaz-uztaz ini dan membiarkan mereka dalam masjid dengan idea rahmatan-lil-alamin?

Tidak. Mujahid Yusof Rawa terus dengan seminar tertutupnya dengan cendakiawan. Cendakiawan-cendakiawan ini tidak punyai masjid mahupun media. Mereka menulis kertas dan menarik perhatian menteri-menteri melalui hujahan mereka dalam bilik-bilik seminar yang kosong.

Saya memberitahu PH bahawa mereka harus menghidupkan semula jentera ceramah mereka dan menghantar pemimpin-pemimpin kelas kedua dan ketiga pada akar umbi kerana TV dan kertas-kertas cadangan tidak berguna pada pertempuran pada peringkat akar umbi. Tweet-tweet Najib dan “Malu Apa Bossku” berkesan pada orang Melayu berfikiran sempit.

Saya memberitahu ramai aktivis yang membantah pelantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik sebagai presiden UIA bahawa medan pertempuran akan datang adalah Islam dan naratif sederhana.

Maszlee mesti menghidupkan semula UIA, dan menghantar para akademik keluar dari bilik-bilik seminar dan kelas pada masyarakat amnya untuk mendidik semula orang Melayu mengenai Islam sebagai sebahagian demokrasi dan hidupan berbilang kaum. Apakah ada yang mendengar?

Tidak. Para pengkritik Maszlee dari DAP asyik dengan prisip naif mereka mengenai “tidak boleh ada campur tangan politik”.

Saya tidak kisah para pelajar yang menentang pelantikan Maszlee; mereka adalah orang dewasa muda yang tidak faham strategi pertempuran dan pelan peperangan.

Sekarang, siapa yang akan membawa pertempuran naratif Islam kepada orang Melayu? Di medan kini, PH tidak ada penjaga gol, tiada lindungan, para pemain mereka tidur dalam limosin mereka. Pihak pembangkang boleh menjaringkan gol dengan mata tertutup.

PRK seterusnya di Rantau. PH sudah tentu kalah lagi. Sentimen akar umbi Melayu telah berubah dengan jaringan gol terbuka diberikan pimpinan angkuh sombong PH. Orang Cina tidak akan kisah lagi kerana janji-janji PH masih belum ditunaikan. Dan memanjakan orang Melayu juga tidak membuahkan hasil!

Strategi Dr Mahathir Mohamed untuk menjadikan partinya PPBM sebagai Umno barunya juga telah menimbulkan kemarahan para pengundi bukan Melayu.

Untuk PH menang, bukan di Rantau, tapi di pilihanraya umum akan datang, tiga perkara harus dilakukan.

Pertamanya, ia harus mengarahkan semua ribuan pengajar-pengajar agama di bawah Mujahid dan Maszlee menghadiri latihan semula mengenai pembentukan tamadun. Sesetengahnya harus dihantar untuk menjalani Sarjana dalam Komunikasi atau Sains Sosial di negara-negara bukan Islam dan sesetengahnya dilatih di bengkel khas.

KPI untuk ustaz-ustaz ini adalah syarahan dan ceramah dalam masjid dan penulisan mereka di media Melayu mengenai konsep “rahmatan-lil-alamin”. Ini harus dilakukan atau para menteri harus siap sedia untuk meninggalkan jawatan mereka.

Keduanya, PH mesti mulakan reformasi-reformasi utama dan lupakan mengenai memanjakan Melayu. Ia juga harus menggunakan taktik Mahathir dalam memperkukuh sokongan bukan Melayu. Selepas keputusan pilihanraya 1999 yang kurang memberansangkan, Umno dan Mahathir turut terkesan dengan pemecatan Anwar Ibrahim pada masa itu. Orang Melayu meninggalkan Umno beramai-ramai dan Mahathir memperkenalkan dasar PPSMI yang menyebabkan bukan Melayu menyelamatkan BN.

Ramai yang fikir Mahathir sedang menumpukan kefasihan kanak-kanak dalam kebolehan berbahasa Inggeris. Sebenarnya, saya berpendapat, dia pada masa itu menyatakan pada orang Melayu, sekiranya anda semua tidak sokong saya, maka saya tidak akan merayu untuk sokongan tetapi akan mengutamakan kaum lain.

Najib juga lakukan hampir sama. Dia mengeluarkan kenyataan-kenyataan ekstrem terhadap bukan melayu. Mesejnya mudah dan menyakitkan pada golongan Cina terutamanya: sekiranya anda semua tidak sokong saya, maka saya akan menyokong penuh semua orang Melayu gila, termasuk fanatik agama dalam PAS.

Untuk permulaan, PH harus iktiraf UEC dan membuka UiTM pada sarjanawan (bukan Melayu), sebagaimana dicadangkan salah seorang pengasas UiTM, Arshad Ayub.

Berikan isyarat bahawa Melayu dalam Umno dan PAS tidak menentukan dasar. Sekiranya tidak, magik PRU14 tidak akan bersinar semula dalam PRU15.

Ketiganya, politik Malaysia Lama harus ditinggalkan PH. Biarlah politik baru dan tidak pernah dicuba memimpin. Cukuplah dengan mereka yang berzaman silam dan kabinet dalam kabinet.

Semenyih merupakan amaran bahawa para pengundi tidak akan keluar mengundi PH sekiranya politik kotor dan tidak masuk akal seperti ketidakpatuhan pada idea asal perancangan terus dibawa.

Tetapi kegagalan di Semenyih juga adalah rahmat tidak diduga. Ia menunjukkan bahawa Malaysia Lama tidak boleh menangani PRU15 nanti. Ia juga menunjukkan bahawa naratif Islam bakal menguasai tiga pilihanraya-pilihanraya akan datang.

Tapi apakah keangkuhan PH akan membawa pada kegagalan Malaysia secara akhirnya?

*Tajuddin Rasdi merupakan seorang pensyarah di universiti tempatan. Tulisan di atas telah diterjemahkan dari rencana asal berbahasa Inggeris di Free Malaysia Today dan merupakan pandangan peribadi beliau sendiri dan tidak berkait dengan The Malayan dalam apa jua keadaan.

Lawyers, human rights campaigners take aim at AG on Foo Sing Wai case

BF0E7E77-8007-49BF-8125-7AB8D3BE291D

PETALING JAYA: Lawyers and human rights groups fired a salvo at Attorney General Tommy Thomas for seemingly providing a loophole for a person who had allegedly insulted Prophet Muhammad and his blessed wife to escape prosecution.

Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA), Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Young Professionals (YP), i-Peguam questioned why Tommy chose to charge Foo Sing Wai under Section 298 A (1) of the Penal Code which had been rendered defective, instead of charging him under the alternative Section 298.

They expressed concern of the possibility of the case being dismissed based on an erroneous Federal Court decision in 1998 that had rendered section 298 A (1) as unconstitutional.

Following the “erroneous” Federal Court declaration, Section 298A is only applicable in Kuala Lumpur and Labuan, as religious matters fall under state jurisdiction elsewhere.
“We thus question the decision of the Attorney General to charge Foo Sing Wai under this defective law,” they said, noting the purported offence was committed in Pahang.

“Surely such a move will result in the charge being dismissed by the judge in this case on account of being grounded on a law previously declared unconstitutional by the courts,” the lawyers said in a joint statement.

CENTHRA chief executive Azril Mohd Amin, CLJ activist Aidil Khalid, YP chief executive Faidhur Rahman Abdul Hadi, and i-Peguam chairman Muhammad Luttfi Abdul Khalid endorsed the joint statement.

They said this in response to the AGC’s decision to charge Foo under the defective section 298A (1) for causing disharmony, disunity or feelings or hatred and ill will or prejudicing the maintenance of harmony or unity on grounds of religion.

Foo’s posting in Facebook sparked public cry for insulting Prophet Muhammad and his wife Saidatina Aisyah R.A.

They called upon the AG to frame an alternative charge with a penalty of equal gravity against Foo.
They also called on the government to push for amendment of the existing section 298A by adding a subsection declaring that the section was applicable to all religions including Islam, and that nothing therein should be construed as referring solely to the teachings of Islam.

“This would go a long way in reviving the use of the section and freeing the same from the shackles of the erroneous decision of the courts made more than 30 years ago,” they said.

They also called on Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa to keep to his promise made last year to table a new Racial and Religious Hatred Bill aimed at dealing with insults to religion and wounding religious feelings.

The lawyers noted that the United Nations Human Rights Council had in 2011 adopted Resolution 16/18, condemning the advocacy of any religious hatred that incites discrimination, hostility or violence.

“And this provision was used as reference in a recent case before the European Court of Human Rights in its decision in the case of E.S v Austria delivered in Strasbourg on 25 October 2018 wherein the said court uphold the decision of the Austrian courts to convict the appellant for wounding the religious feelings of Muslims by her inflammatory labelling of Prophet Muhammad S.A.W. as a paedophile.

“To prosecute and convict persons for wounding religious sentiments of others is thus an internationally recognised move and accords with the fundamental human right of humankind to freedom of religion pursuant to Article 11(1) of the Malaysian Constitution and Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights.

“Further in Article 10 of the Cairo Declaration on Human Rights in Islam, Islam is declared the religion of true unspoiled nature and it is prohibited to exercise any form of pressure on man or to exploit his poverty or ignorance in order to force him to change his religion to another religion or to atheism.

“This is also reflected in Article 22 of the ASEAN Human Rights declaration in that everyone has the right to freedom of religion and all forms of intolerance, discrimination and incitement of hatred based on religion and beliefs shall be eliminated,” said the lawyers.

Foo Sing Wai: Why use a dead law to prosecute?

fmt-Wai-Foo-Sing-polis-law-video-27219.jpg

By CENTHRA, CLJ, YP and iPeguam

  1. On behalf of the abovenamed organisations, we welcome the decision of the Attorney General of Malaysia, Tommy Thomas, to charge Foo Sing Wai for his despicable and vile insult of the Holy and Final Prophet of Islam, Prophet Muhammad S.A.W. and his blessed wife Saidina Aisyah R.A. on social media site Facebook recently.
  2. The disparaging of religion offends religious freedom and there is no basis for insulting religious teachings and wounding religious feelings in law. Internationally, the UN Human Rights Council via its Resolution 16/18 adopted in 2011 has condemned the advocacy of any religious hatred that incites discrimination, hostility or violence, and this provision was referenced in a recent case before the European Court of Human Rights in its decision in the case of E.S v Austria delivered in Strasbourg on 25 October 2018 wherein the said court uphold the decision of the Austrian courts to convict the appellant for wounding the religious feelings of Muslims by her inflammatory labelling of Prophet Muhammad S.A.W. a paedophile.
  3. To prosecute and convict persons for wounding religious sentiments of others is thus an internationally recognised move and accords with the fundamental human right of humankind to freedom of religion pursuant to Article 11(1) of the Malaysian Constitution and Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights. Further in Article 10 of the Cairo Declaration on Human Rights in Islam, Islam is declared the religion of true unspoiled nature and it is prohibited to exercise any form of pressure on man or to exploit his poverty or ignorance in order to force him to change his religion to another religion or to atheism. This is also reflected in Article 22 of the ASEAN Human Rights declaration in that everyone has the right to freedom of religion and all forms of intolerance, discrimination and incitement of hatred based on religion and beliefs shall be eliminated.
  4. Malaysia also upholds this right to freedom of religion by virtue of its Constitution and section 4(4) of the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999. However in this instance while our authorities have been moving at a glacial pace, resulting in the proliferation of even more insults to the Holy Prophet on Facebook thus wounding the religious feelings of Muslims in Malaysia even more, the Attorney General via his position as Public Prosecutor has finally charged Foo Sing Wai under section 298A(1) of the Penal Code for causing disharmony, disunity or feelings or hatred and ill will or prejudicing the maintenance of harmony or unity on grounds of religion. He has also been charged additionally under section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act 1998 (CMA 1998).
  5. While there is no issue with the charge pursuant to the CMA 1998, the charge under section 298A(1) of the Penal Code is defective in view of a 1998 decision by the Federal Court declaring the section unconstitutional. In the case of Mamat bin Daud & Ors v Government of Malaysia [1988] 1 MLJ 119, the judges ruled (erroneously, in our opinion) that section 298A relates to the religion of Islam only and thus the power to legislate thereon lies with the states and not the federal parliament, thus rendering the section unconstitutional. This erroneous decision was reached despite there not being any mention of Islam within the section.
  6. We thus question the decision of the Attorney General to charge Foo Sing Wai under this defective law. Surely such a move will result in the charge being dismissed by the judge in this case on account of being grounded on a law previously declared unconstitutional by the courts. This is moreso considering that an alternative provision exists in the form of section 298 of the Penal Code. We also call upon the Attorney General to frame an alternative charge with a penalty of equal gravity against Foo Sing Wai in light of this fact. The existing section 298A should also be amended in the manner we suggest in paragraph 8 below.
  7. Further it must be noted that the Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa had stated on 26 October 2018 that there would be a new Racial and Religious Hatred Bill tabled before Parliament to deal with insults to religion and wounding religious feelings however this has yet to materialise until today. Yesterday on 26 February 2019, the same Minister is quoted by the media to say that the authorities will amend existing provisions in the Penal Code to provide heavier penalties to those who insult religions. It is not clear whether the Minister intends to deal with the lacuna in our law caused as a result of the Mamat bin Daud federal court decision as regards section 298A of the Penal Code.
  8. We call upon the Minister to table a Bill before Parliament in the coming session to amend section 298A of the Penal Code by adding a subsection declaring the section to apply to all religions including those other than Islam, and that nothing therein should be construed as referring solely to the teachings of Islam. This would go a long way in reviving the use of the section and freeing the same from the shackles of the erroneous decision of the courts made more than 30 years ago. Alternatively we call upon the Minister to table a new Racial and Religious Hatred Bill before Parliament as promised last year.
  9. With the Sedition Act 1948 and other laws being primarily focused on race and ethnicity rather than religion, it is hoped that with the above suggestions, Malaysia would have in place a more comprehensive set of laws to deal with insults to religion and prosecution of those who wound the religious sentiments of others.
  • The above Press Statement is dated 27 February 2019 and is jointly released by Azril Mohd Amin, Chief Executive, Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA), Aidil Khalid, lawyer and activist, Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Faidhur Rahman Abdul Hadi, Chief Executive, Young Professionals (YP) and Muhammad Luttfi Abdul Khalid, Chairman, i-Peguam. Views expressed herein are entirely his own and bear no relation to The Malayan in any way.

In India, economic reasons behind recent gay sex decriminalisation

India LGBT 1

By Shahid Bolsen

The decision by the world’s largest democracy (i.e. India) to legalise gay sex was not made democratically.  The majority of India’s citizens do not approve.  For some reason, that is not supposed to matter.  The same was true when same sex marriage was legalised in the US; the majority opposed it; but again, that is not supposed to matter, because… reasons.

So how does a radical fringe minority in the society exert such an irresistible influence over governments?  How does a fraction of a fraction of the population (LGBT activists) bend policy to their will?  The answer is that they don’t.

The LGBT agenda has not been successful because of gay and trans activists.  The corporate sector has been ahead of the curve and pushed the envelope on the LGBT issue, not activists.  To some degree, accepting and promoting the gay lifestyle makes business sense.

In the US alone, the LGBT community is estimated to wield around $800 billion in buying power.  And, let’s be honest, normalizing homosexuality will spread homosexuality, and spreading homosexuality is reliably going to result in spreading HIV.  As we have all learned over the past few years, HIV is no longer a death sentence but rather it is a life sentence of dependence on a cocktail of medications.

The gay community is something of a captive market for drug companies, one which these companies have every reason to want to see grow.  Each new HIV infection calculates to roughly $17,100 profit growth per year.  Globally, there were well over one million new infections last year.

The same capitalist principle applies to transgenderism:- encouraging male-to-female or female-to-male transformations is encouraging lifelong dependence on hormone treatments. Gender reassignment surgery costs around $30,000, with hormone therapy coming in at about $1500 per year.  And that’s just for starters.  Facial feminization treatment, breast implants, and so on, all run in the tens of thousands of dollars.  Each gender transition represents well over $100,000 per person, plus ongoing hormone injections; usually paid out of pocket.

If transgenderism is normalised, it will begin to be covered by insurance; which will undoubtedly encourage those considering transitioning, but who cannot afford it, to go ahead and do it.  Normalising it creates customers not only for Big Pharma, but for insurers.

Over 90% of Fortune 500 companies voluntarily implemented policies that accommodated LGBT employees well before same sex marriage was legalised and well before gay rights became the cause célèbre it is today.  And it is no mystery why.  The LGBT agenda is a good investment.

In today’s world, the flow of social change first appears in the corporate sector, then there is change in legislation and lastly and more slowly, there is change in societal attitudes because the change has been normalised by the two centers of power in society.  This appears to be what happened in India.

Laurus Labs, a pharmaceutical company in Andhra Pradesh, India, is one of the world’s biggest suppliers of ingredients for anti-retrovirals used in HIV medicine.  They received FDA approval earlier this year for their own finished drugs, and are poised to flood the US market with a product estimated to be up to 93% cheaper than other branded HIV medications.

Within six months of FDA approval, gay sex in India was decriminalised, thereby creating more profit potential for Laurus Labs domestically, without the cost of exportation.  You can read it as the US pharmaceutical industry protecting their American market share by opening an alternative for their competitor closer to home, perhaps.

Juxtapose this with the announcement that the government of Narendra Modi, a neoliberal from way back, plans to undertake a major overhaul in the cost control policy for medications in India next year.  Intuitively, one can surmise  that whatever Modi has in mind, it will primarily benefit local pharmaceutical companies, like Laurus Labs, as well as insurance firms.

LGBT activists frequently claim that criminalisation of homosexuality impedes the battle against HIV.  They have positioned legalization of gay sex as a positive public health stance and it isn’t surprising.  The LGBT movement has received upwards of $400 million in funding, much of it from donors connected to the pharmaceutical industry. It may well be true that criminalisation of gay sex creates obstacles for seeking treatment, and seeking treatment is precisely what Big Pharma wants people to do as that is how they make money.

But it is also true that normalization of gay sex creates more HIV infections insofar as it tends to spread homosexuality.  Since the legalization of gay marriage in the United Kingdom, for example, the number of self-identifying homosexuals rose from 1.7% of the population to over 2% in just one year; with some estimating that the real figure could be as high as 10% today.  Homosexuality has risen most dramatically among the young, the demographic group at the highest risk of contracting HIV.  In business language, this is called “market expansion”.

For those who adhere to traditional values, and who would like to stem the spread of homosexuality, it is important to realise the economic interests behind the LGBT advancements, and strategise appropriately.

* Shahid Bolsen blogs on Islamic issues. The above article  is reproduced from his blog for the benefit of Malaysian readers and has no relation whatsoever to The Malayan in any way.

LGBT: Apa kiblat kita?

MM 1

Oleh Dr Jack Naim

Saya pernah geram dan memberontak apabila seorang Profesor pernah berkata, “agama itu umpama kot putih, dan saya memilih untuk tidak memakai kot putih sewaktu merawat pesakit.” Bukankah agama sepatutnya menjadi payung dalam proses seorang doktor mengemudi jalan perubatan yang sentiasa dilanda hujan dan taufan?

Akan tetapi, dunia hari ini sentiasa bercanggah dengan agama. Ia adalah jalan yang terbahagi kepada dua simpang dan tidak lagi bertembung keduanya. Tidak juga bergerak selari antara satu sama lain sebaliknya bersimpang-siur tanpa dapat diduga penghujungnya. Menyedihkan, dunia didominasi oleh kaum yang minoriti. Istilah yang disebut sebagai dominant minority ini dilihat berjaya mempengaruhi politik, ekonomi atau dominasi sosial sesebuah negara sekalipun hanya mewakili segolongan kecil penduduk.

Hal yang sama berlaku apabila isu LGBT diteriak dan ditempik dengan penuh gegak-gempita. Walaupun belum ada statistik tepat tentang jumlah golongan LGBT di Malaysia, tetapi kajian Pew Research Center pada tahun 2013 contohnya menunjukkan hanya 9% rakyat Malaysia bersetuju agar homoseksualiti diterima masyarakat berbanding 86% penolakan. Ini bererti bahawa ieologi LGBT tidak diterima masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Saya sendiri berdiri di persimpangan. Lama termenung, berharap agar tiada lori datang merempuh dan membinasakan diri ini dek kerana terlalu lama memilih jalan pilihan dalam isu ini. Di sebelah kanan simpang adalah agama dan nilai kebudayaan timur yang menentang amalan LGBT. Di sebelah kiri simpang adalah rintihan rakan-rakan rapat yang mengamalkan gaya hidup LGBT dan juga kehidupan seksual secara bebas.

Mereka merintih akan ketidakupayaan mereka untuk menjadi Si Pencinta yang mampu mencurahkan rasa kasih sayang mengikut tatacara kehidupan, selari dengan lumrah alam. Yang jantan mencari yang betina, lalu berhubungan intim dan menghasilkan generasi baru.

Naim, I tried to love a guy. I just can’t do it. It only hurted me more and more. I’m depressed and suicidal.” – sebagai seorang Islam, adakah saya menderhaka dengan agama apabila bersimpati dan merestui perbuatan ini?

Sekalipun ratusan artikel atau pendirian menentang gerakan ini, ia tetap membawa kepada penubuhan aliran agama seperti kristian dan minoriti Islam untuk membenarkan perkahwinan LGBT. Bahkan, beberapa buah negara turut akur dengan desakan ini lalu menerima LGBT sebagai satu gaya hidup yang normal?

Adakah Malaysia akan menjadi benteng terakhir dunia dalam membendung budaya LGBT? Atau kita juga akhirnya akan tunduk pada desakan dominant minority, lalu mengubah kiblat negara kita. Undang-undang seks luar tabii mungkin terpaksa diubah dan seks melalui punggung dan mulut bakal menjadi halal tanpa was-was. Sekalipun, ia sebenarnya tetap dilakukan pada masa kini oleh Sang Pencari Nikmat sedang masih berstatus haram di bawah Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan Undang-undang Jenayah Malaysia.

Berbalik kepada isu yang kecoh sekarang, saya faham Marina (Mahathir) cuba mewakili 9% rakyat Malaysia dalam memperjuangkan ketidakadilan dan penindasan terhadap golongan LGBT. Mereka didiskriminasi dari mendapatkan pekerjaan, dibuli di Pusat Pengajian Tinggi, dilontar batu dan diudah liur oleh masyarakat.

Maka sebagai seorang Islam, kita seharusnya berdiri senada dengan Marina bagi menghentikan penindasan. Bukan hanya dalam isu ini bahkan Marina turut harus berdiri untuk hentikan diskriminasi terhadap pekerja Muslim yang diharamkan memakai tudung sewaktu bekerja. Rintihan pramugari Air Asia dan MAS yang kecewa kerana terpaksa memakai baju ketat dan kain belah sehingga peha juga harus diperjuangkan.

Akan tetapi, hujah yang dikemukakan oleh Dr (Nur) Ilyani (Mohamed Nawawi), mewakili 86% suara rakyat Malaysia juga tidak harus dipandang enteng. Doktor perubatan seperti Syamirul Rahim mungkin tidak bersetuju tentang hujah berkenaan pendermaan darah yang dilihat bersifat stigma, ia sebenarnya tetap dikira sebagai satu hujah yang valid. Bukan hanya LGBT, bahkan mereka yang mengamalkan gaya hidup seks secara bebas dan juga lelaki yang melakukan liwat terhadap wanita. Kesemua ini membawa kepada risiko untuk mendapat HIV dan AIDS.

Saya tidak melihat artikel tulisan Dr Ilyani mendiskriminasi golongan LGBT. Beliau sendiri telah menyatakan nilai profesionalisma beliau dalam bertugas, “Sehingga kini walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang sedang anda perjuangkan?”

Persoalan Dr Ilyani adalah berasas dan sepatutnya dijawab oleh para pejuang golongan LGBT. Hak apa yang mereka mahukan sebenarnya? Jika sekadar hak untuk mendapatkan rawatan, kerajaan Malaysia sudah cuba sedaya upaya untuk membantu mereka mendapatkan rawatan. Kosnya sangat mahal. Untuk ubat Anti Retroviral Therapy, ia berharga sekitar RM 1500 – 2100 untuk setiap pesakit bagi setiap bulan. Dianggarkan, 1500 pesakit berbanding 4000 pesakit HIV berisiko untuk mendapat komplikasi AIDS sedang dirawat oleh Kerajaan Malaysia.

Dr Ilyani mau hak golongan majoriti di Malaysia terpelihara. Bebas dari unsur negatif berasaskan LGBT. Beliau juga bimbang dengan kecenderungan golongan aktivis yang menormalkan gerakan LGBT. Oleh itu saya bertanya kepada dunia, apakah kesalahan Dr Ilyani hingga dikecam dengan sebegitu hebatnya? Adakah kerana dia menggunakan gelaran doktor?

Professor Adeeba (Kamarulzaman) menghentam Dr Ilyani dengan sangat hebatnya. Seorang profesor, dekan dan juga Timbalan Pengerusi Majlis AIDS Malaysia. Semestinya beliau adalah guru kepada sebilangan besar doktor di Malaysia. Sebagai cikgu, tak salah jika beliau mendidik kesalahan Dr Ilyani yang sedikit tersasul dalam berhujah secara umum.

Akan tetapi, saya gagal menemui hujah akademik yang relevan melalui penulisan beliau. Sekadar hanya melaungkan Hippocratic Oath yang sebenarnya ditolak oleh sebilangan besar doktor Muslim kerana melafazkan ikrar terhadap para Tuhan Penyembuh Yunani Kuno. Bagi saya, ia adalah satu penulisan berisfat buli dari seorang Doktor Pakar terhadap Pegawai Perubatan yang dibuat secara terbuka di media sosial.

Sebagai seorang pakar, beliau gagal memahami konsep pencegahan penyakit berjangkit dengan mengeluarkan kenyataan “…. And even worse, a doctor like you who makes this epidemic worse, because you defer people from coming forward for help and treatment.”

Antara prinsip paling utama pencegahan penyakit berjangkit adalah melalui kaedah pengawalan dan pencegahan punca penyakit. Kerana itu kita lihat begitu banyak ladang babi dimusnahkan demi mencegah wabak Nipah. Juga ladang-ladang ayam dimusnahkan demi mencegah virus selesema burung sekalipun hanya beberapa ekor ayam disahkan positif selesema burung.

Kita hari ini tidaklah sampai ke tahap mahu bakar semua golongan LGBT kerana menyumbang kepada peratusan peningkatan HIV di Malaysia terutamanya golongan Men Who Have Sex with Men (MSM). Pendekatan kita adalah seperti kita menyantuni masalah komplikasi rokok. Ada kempen kesedaran, ada klinik berhenti merokok dan ada kampen mencegah kanak-kanak dari merokok. Dr Ilyani bernada tegas untuk mencantas punca HIV di Malaysia iaitu dengan cara tidak bersetuju dengan agenda LGBT di Malaysia.

Saya rasa, Dr Adeeba pasti setuju dengan saya bahawa antara faktor kenapa golongan MSM banyak mendapat HIV adalah kerana mereka berkongsi pasangan dan virus HIV cenderung untuk hidup lebih lama dalam dubur. Jika mereka mencari kesedapan, adakah kesemua golongan gay ini mahu memakai kondom? Sekalipun dipakai, ia tidak 100 peratus mencegah HIV dan AIDS.

Beliau juga cukup bangga mengatakan bahawa rawatan pada masa kini membolehkan pesakit mempunyai paras viral load sifar selepas diberi rawatan ART. Perkara asas yang perlu diketahui oleh para doktor perubatan adalah untuk menilai ketepatan sesuatu ujian. Mungkin Profesor boleh jelaskan dengan lebih lanjut tentang sensitivity, specificity dan likehood ratio untuk ujian yang dijalankan. Saya rasa, pasti doktor lain bersetuju akan limitasi ujian ini. Keputusan viral load yang sifar boleh sahaja disebabkan ujian itu mengandungi ralat atau ada faktor yang mengahalang RNA virus dikesan oleh ujian.

Mungkin Profesor juga boleh terangkan dengan lebih jelas lagi kebimbangan saintis dunia akan kadar resitance virus HIV terhadap ART yang salah satunya adalah disebabkan ketidakakuran dengan jadual pemakanan ubat ART. Selain dari faktor kos, kesan sampingan ART sangat hebat dan ada pesakit yang tidak boleh mengambilnya disebabkan kesan sampingan yang teruk.

Selain itu, nilai viral load yang rendah juga akan meletak seorang itu dalam status pembawa HIV yang stabil. Tapi ia tidak menyembuhkan bahkan banyak kajian menunjukkan bahawa ia boleh kembali aktif (reactivation).

Mungkin Prof berbicara tentang zero transmission sewaktu berada dalam viral load zero. Tetapi, bolehkah prof memberi jaminan bahawa re activation virus ini tidak membawa kepada HIV dan juga transmisi penyakit di masa depan?

“Despite undetectable viral load in patients treated with potent antiretroviral therapy, proviral genomes remain in the latent reservoirs rendering the total clearance of HIV an unattainable goal at present (Finzi et al., 1997; Pierson et al., 2000; Yang et al., 2009)”

Maka dalam kes ini, kita kembali kepada prinsip pencegahan penyakit berjangkit yang utama iaitu, mencegah lebih baik dari mengubati. Sebagai manusia, kita juga harus kembali kepada fitrah kejadian manusia. Usah dibangga dengan golongan minoriti yang terang-terangan salah. Pada masa sama, kita sama-sama dekati golongan ini. Kita hormati keputusan mereka jika mahu mengamalkan LGBT. Tetapi ia tidak seharusnya menjadi pendesak untuk kita ubah halatuju negara dan undang-undang berkaitan LGBT.

Sebagai doktor, tugas kita bukan hanya merawat HIV dan AIDS tetapi juga menghalang punca kepada penyakit ini dari terus menular. Kita sambut para pesakit HIV dan AIDS dengan tangan terbuka dan penuh kasih-sayang. Kita rawat mereka dengan penuh profesional dan dedikasi. Tapi itu bukan bermakna kita harus merestui perbuatan mereka.

Bukan hanya LGBT yang harus dibendung kerana membawa kepada HIV dan AIDS tetapi juga amalan seksual bebas tanpa perlindungan, perkongsian jarum suntikan, amalan tranfusi darah tidak selamat, terapi ozon dan sebagainya.

* Dr Jack Naim ialah pengamal perubatan. Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi beliau sendiri dan tidak berkait dengan The Malayan dalam apa jua keadaan.